Wednesday, November 28, 2012

Academic Trip #3 : LEGOLAND MALAYSIA

21 November 2012 (Rabu)

Mengikut bicara orang kuat IRDA, hari Rabu merupakan hari penyelenggaraan atau terma bahasa inggerisnya   Maintenance Day untuk Legoland Malaysia. Jadi, sesiapa yang berhajat mahu ke Legoland pada hari Rabu, sila batalkan niat anda sekarang juga sebab hari Rabu memang akan tutup. Tetapi. Ha, ada tetapinya. Disebabkan ini musim cuti sekolah, ianya dibuka sepanjang minggu. Jadi, sila ubah fikiran sekarang dan tempahlah tiket menerusi online kerana itu lebih menjimatkan. Dapat diskaun berganda-ganda.

Oh! Lupa nak bagitahu. Ini merupakan hari ketiga lawatan akademik kami. Dan hari ini kami akan ke LEGOLAND MALAYSIA! Disebabkan kami satu kelas bersungguh-sungguh kumpul kupon diskaun sebanyak 35% yang terdapat di belakang snack Double Decker, bayaran masuk ke taman tema ini hanya cuma RM91. Dapat jimat sebanyak RM49 dari harga asal, iaitu RM140.

Legoland Malaysia merupakan salah satu projek dalam pembangunan Iskandar Malaysia. Ianya bagi membuka ruang kepada investor tempatan dan antarabangsa. Dan haruslah membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Dan untuk pengetahuan juga, 100% dana untuk membina Legoland ini adalah fund dari negara kita sendiri, dan mereka hanya meminjam nama "Legoland" dari negara luar.

Untuk tidak membuang banyak lagi masa. Mari kita menjelajah.



Project X ialah roller coaster yang paling ngeri dalam ni. Konon! Eh! Takut betul ok. Takut dia macam rasa
usus perut nak terkeluar. Sakit anak tekak melalak masih terasa sehingga sekarang. Ok, ini memang over. Roller coaster kedua mengenai dunia dalam istana yang penuh dengan patung yang diperbuat daripada lego. Dalam Legoland, ada 3 roller coaster yang agak mencabar ketahanan diri jugalah. tapi kami sempat main 2 sahaja. Kenapa? Entahlah. Terlepas pandang kot roller coaster yang lagi 1 tu.

Kemudian, ke IMAGINATION. Dekat sini ada 4D cinema. Rasanya grafik lebih kurang sama dengan 3D, tetapi lebih ekstrem, sehingga boleh rasa angin bertiup, hujan turun, salji, habuk. Awesome gile! Untuk melihat Legoland secara menyeluruh, Observation Tower mampu merealisasikan hasrat tersebut.


Seterusnya kaki melangkah ke bahagian LAND OF ADVENTURE. Dekat sini perasaan takut dicabar lagi dengan "Dino Island". Senario mainannya seperti gambar di atas, di sebelah kiri, bawah. Ha, jumpa tak gambarnya? Ini betul-betul buat semua orang basah kuyup. nasib baik dorang sediakan tempat pengering pakaian, yang berharga RM5. Jadi, untuk menjimatkan kos, kami masuk beramai-ramai! ahahha!



Baju dah kering, teruskan lagi pengembaraan ke bahagian LEGO CITY. Di bahagian ni, kebanyakkannya merupakan mainan kanak-kanak. Tapi disebabkan RM91 punya pasal, apa kami heran, haruslah turut serta mencuba semua benda. Siap main "LEGO Rescue Academy" macam sukaneka



For me,the most attractive place in Legoland is MINILAND. Semua bangunan/ mercu tanda di negara asia dibina mengunakan lego. Berdasarkan bicara orang kuat IRDA, gaji sebulan builder master yang membina KLCC miniature di Miniland ialah RM14 ribu. wooow!



Sesungguhnya memang penat berjalan-jalan dalam ni. Gila takpenat berjalan dalam panas gitu. Kaki sakit, muka terbakar. Sebenarnya banyak lagi bahagian-bahagian yang menarik. Tapi malas pula nak menaip panjang-panjang. Untuk dapatkan banyak lagi info mengenai Legoland Malaysia ni, sila google atau pun baca pengembaraan mereka di Legoland.

Rashidah Sakinah: Legoland-The Review
Athirah Nabila: Legoland Malaysia

TIPS:

1. Sila berpakaian yang peluhnya bisa cepat diserap, dan baju yang cepat kering
2. Bawa air mineral. Sebab kat dalam tu sebotol air mineral berharga RM2.50.
3. Bawa payung. Untuk kulit tidak terlalu burn, sebab panas sangat.
4. Nak pakai spek hitam pun ok. Lagi bergaya! hahah!
5. Bawa kamera, beserta dengan bateri yang full charge. Oh! Jangan lupa letak memory card sekali.



Selamat Melancong! Cuti-cuti Malaysia.

Sekian. Tamat lawatan akademik.






Daisypath Anniversary tickers