Hari ini jam 7.30 pagi aku paksa mata untuk dibuka. Bukan apa, takut terlewat ke kelas. Sudahla minggu ini musim konvo UITM, memang jalanraya dalam kampus sesak dengan asap motokar. Ah! Kesesakan lalu lintas bukanlah masalah utama dalam hal ini sebab aku merupakan perjalan kaki yang tegar. Apa yang aku risau, kalau lewat bangun, makanya lambatkan kaki aku mengorak langkah ke kelas. Mana tidaknya, aku mengambil masa sekurang-kurang 30 minit untuk bersiap dan 15 minit hingga 20minit untuk berjalan kaki kelas. Jika dilihat masa yang diambil untuk berjalan ke kelas, sepatutnya berat badan aku sekarang mampu mencecah 45kg.
Hari ini aku mengadap 2 orang pensyarah yang disanjung tinggi untuk mata pelajaran "Civil Engineering" dan "Construction Technology". Seorang lelaki yang sukakan aktiviti luar, dan seorang wanita yang lembut ayu apabila bercakap.
Hari ini juga aku teruja dengan penganjuran program "RABU MARKET" di ruang legar FSPU. Aku mula syak pihak pentadbiran mula mendedah aura keusahawanan dalam diri pelajar. Mana tidaknya, semester ini saja banyak betul program keusahawanan yang dianjurkan. Yang bestnya, banyak betul gerai-gerai yang power dan mulalah duit poket mengalir keluar dengan lajunya. Ya! Aku memang suka berbelanja. Oleh itu, aku perlu usahakan untuk dapatkan kerja yang bergaji lumayan. Dan disitu jugaklah aku dapat kan buku ini.
Hari ini merupakan ulangtahun perkahwinan ibu bapaku. Pejam celik pejam celik, sudah 27 tahun mereka bersama. Sejak abah lafaz nikah "Aku terima nikahnya Wan Norhidayati bt Wan Mustapha dengan mas kahwin sebanyak RM++++++" pada tahun 1985, mereka hidup dengan bahagia dan mampu memberi kesenangan kepada kami adik beradik. Aku sangat bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang harmoni. Dan aku mohon kebahagian keluarga Zairon akan berkekalan hingga ke syurga. Amin.
