Friday, November 23, 2012

Academic Trip #1

Berminggu-minggu ketua kelas berusaha untuk mendapatkan kelulusan untuk lawatan akademik ke Johor Bahru. Akhirnya kelulusan diberikan selama 3 hari bersama peruntukkan sebanyak RM2k. Tapi seperti biasa, RM2k tu hanya boleh claim selepas lawatan berakhir. Nak taknak terpaksalah pakai duit sendiri dulu.

Tempat-tempat lawatan:
a. Lawatan tapak ke Tanjung Kupang.
b. Lawatan ke Iskandar Regional Development Authority (IRDA) di Danga Bay
c. Legoland.


Isnin (19 November 2012)

Pagi tu aku terlewat bangun. Apa lagi kalut ribut bersiap semua, nasib baik sebelum tidur dah siap pack semua barang. Sepatutnya berkumpul di fakulti seawal jam 7.00 pagi. Disebabkan terlewat bangun 6.45 pagi, aku sampai kat fakulti jam 7.30 pagi. Masa tu bukan kepalang penatnya berlari sambil bawa lugage. Ha, drama kan

Disebabkan ramai juga yang terlewat sampai pagi tu, bas mula bergerak ke Johor Bahru tepat jam 8.00 pagi.  Kemudian kami singgah di RNR Seremban untuk sarapan pagi. Sepanjang jalan hujan tak berhenti-henti mencurah ke bumi. Lebih kurang jam 1.00 petang, tiba di Tanjung Kupang.



Bila dah penat-penat jalan sekitar kawasan pembinaan tu, kami dijamu dengan meehun, mee goreng dan air oren. Tudiaaa.,memang sedapla. Aku pun heran nafsu makan semakin hari semakin kritikal sangat. Kemudian, driver bas bawa kami ke penginapan di Taman Sri Pulai Perdana, Skudai. 

Malamnya pula, sebab tiada aktiviti rasmi yang dijadual, aku secara senyap-senyap keluar makan dengan penduduk tegar Johor, Rashidah Sakinah (Kecik). 

Lokasi: Banafee Village
Oh! Itu saja untuk hari pertama. 






Daisypath Anniversary tickers