Friday, November 23, 2012

Academic Trip #2


20 November 2012 (Selasa)

Ini hari kedua untuk lawatan akademik kelas AP224 6D. Untuk hari ini kami berpeluang melawat ke pusat informasi IRDA iaitu Iskandar Regional Development Authority. Dekat sini banyak sangat informasi yang diperoleh mengenai  Iskandar Malaysia.

Macam-mana ah knowledge dapat dari segi pembangunan Iskandar Malaysia sehinggala peluang pekerjaan yang ditawarkan. Sememangnya banyak sangat job opportunity dekat Johor sejak-sejak Iskandar Malaysia established pada tahun 2006.

Dalam information centre ni, dorang sediakan macam ruangan pameran. Interaktif sangat! Semuanya berkaitan dengan Iskandar Malaysia. Macam lifestyle, job opportunity, developments, etc. 


Pada malamnya pula ke Pasar Karat yang terletak di tengah-tengah bandar Johor Bahru. Kat sini suasana dia ala-ala uptown gitu. Macam syurga dunia untuk wanita. Ok. over. Disebabkan Pasar Karat ni berdekatan dengan Jalan Dhoby, sempat juga mundar-mandir dekat kedai-kedai vintaj yang masih beroperasi. Well, kalau google, ramai jugalah bloggers mengesyorkan bahawa Jalan Dhoby ni mcm tempat-wajib-dikunjungi-jika-ke-JB. Tapi sebenarnya orang JB cakap kalau sebut je "Jalan Dhoby" mereka akan bayangkan tempat tersebut dipenuhi dengan bapok-bapok. HAHAH! Jadi, terpulang. Tapi bila aku lalu je kat jalan tu, taknampak pula bapok-bapok berkeliaran. Jadi.,bersangka baiklah ok.


Kalau diikutkan perancangan IRDA ni, dorang nak jadikan tengah-tengah bandar Johor Bahru ala-ala Venice, Italy gitu. Haaa, cantik kan. Jika dikaji sejarah Johor, tapak Pasar Karat ini dibina di atas sungai yang dinamakan SG.SEGGET. Dulu, pihak bandaraya Johor telah menutup sungai tersebut dan membina jalanraya di atas. Sekarang, IRDA telah merancang nak buka balik sungai tersebut dan menjadikan tempat tersebut sebagai tempat pelancongan yang menarik di Johor Bahru.

Disebabkan dah penat seharian bersama mainan-mainan interaktif dekat IRDA, tangan pun dah penat nak snap! snap! gambar di malam hari. Tepat jam 12 malam, tiba di homestay, terus melompat atas katil, dan tidur dengan nyenyak nya. Seharusnya esok merupakan hari yang ditunggu-tunggu dalam lawatan kali ini. Wehuuu!

Tamat perjalanan hari kedua.
Daisypath Anniversary tickers