Pernah dengar AS-BUILT DRAWING?
Budak-budak construction haruslah pernah dengar bukan. Lukisan-lukisan plan ni dah jadi darah daging dalam diri. "As-built drawing" ialah drawing yang dikeluarkan selepas sesuatu bangunan itu siap dibina. Almaklumla selalulah tender drawing/construction drawing takkan sama dengan pelan pembinaan sebenar atas sebab-sebab tertentu. Contohnya klien buat hal nak tukar design ke, ada masalah material ke, dan bla bla bla.
Atas sebab aku seorang insan yang rajin (errrrrk!), selalu juga pergi teman Maksu Tie (my youngest aunt) pergi ukur bangunan untuk lukis as-built drawing. Well, dia memang hebat dalam AutoCAD.
Taksusah pun sebenarnya. Hanya perlu ukur balik semua sudut dalam bangunan tersebut. Bayangkan kalau bangunan tu besar, main gila juga sebenarnya.
Tapi kalau ada drawing lama, lagi memudahkan.
Disebabkan bangunan yang maksu dapat ni bangunan yang tiada drawing pada asalnya. Jadi, terpaksalah ukur satu persatu ruang yang ada. Penat dia tak boleh nak dibayangkan langsung. Boleh hapus semua lemak terkumpul dalam badan.
