Monday, September 3, 2012

Adik Ke-2, Rina.

Ini bukan kisahku.,tetapi adikku. Intan Yusrina bt. Zairon


Semester 3 merupakan semester yang bertuah bagi Rina. Gara-gara pointer sem lepas yang agak Ummph!, dia ditawarkan untuk mengikuti program pertukaran pelajar ke Semarang, Indonesia. Aku dapat rasakan ianya sangat mencabar. Mana tidaknya, selama ni semua benda mama dan aku yang tolong fikirkan, tolong uruskan, sekarang memang untuknya belajar berdikari-lah kan. So, dia akan berada di sana selama 6 bulan@1 semester. Hari jumaat lepas, 31 ogos 2012 dia telah pun berangkat ke sana. 


Sebelum berangkat pun, mama yang sibuk sibuk tolong uruskan hand lugage. Aku dengan "skirt"-nya lagi berlari-lari tolong scan-kan lugage dia, tolong beratur check-in. Mama abah pun cakap dia seorang anak yang manja. Kihkihkih. Moga-moga dia berada dalam keadaan elok-elok sajalah di sana. Sila tabah ok Rina. Tolong-tolong. HAHA.


Masa check-in lugage, terlebih pula muatan-nya. Berat yang dibenarkan hanya 20kg, tapi terlebih sampai 24.6kg. Mahu beratus jugalah kena bayar kan. Terpaksa la keluarkan balik semua barang dan susun semula . Sebagai kak long, aku mulakan tugaskan. "Ha, buang-buang semua tu, blanket, iron, kasut, semua keluarkan, nanti sampai Semarang pergilah shopping!" Yes yes, aku memang seorang kak long yang bertauliah.  Gambar ini diambil 5 minit sebelum Rina berangkat. Rina gila cool. Kalau aku kan, mahu jugakla bengkak sikit mata. HAHHAHA. 


Bye bye Rina.,moga kuatkan hati dan hayati rezeki tuhan ini ok. Jangan sia-siakannya. 
Belajar rajin-rajin. Shopping baju lawa-lawa. 


Sekarang, private photographer aku jauh di Semarang. Siapa nak ambik gambar lepas niii???!! 



Daisypath Anniversary tickers