Perkara pertama yang aku selalu buat selepas log in Twitter ialah stalk tweets Joy (kihkihkih) dan tengok Malaysia Trends. Dah dua hari
#TopikBawakGaduh masih lagi tak berganjak dari kedudukan teratasnya. Terdetik pula hati aku nak menulis sikit utk isi waktu-waktu lapang gini.
Well, dalam friendship atau relationship haruslah ada topik akan/pasti/sememangnya akan membawa pergaduhan kecil atau besarrrrrr. Biasalah manusia ni, lidah mana yang tidak tergigit, ye dak?
Contohnya kalau dalam assignments kumpulan. #TopikBawakGaduh ialah "siapa nak buat part/bab/tajuk ni? Ha, kau la hambik, kau kan bijak". Puiiiiihh, kalau jenis ahli kumpulan yang semua jenis taiko, memang ayat tu memang boleh buat gaduh, muncung sampai hujung semester. Mana tidaknya, tajuk senang bagi kat dia, yang susah-susah semua pass kat member. Memang boleh bawak gaduh.
Pendapat aku, lagi satu #TopikBawakGaduh ialah bab makan. Contohla perut tengah duuuum dammmm kriikkk krooookkk, dan-dan pulak member bawak balik makanan harum semerbak baunya. "Ah kau! Pergi beli makan tak ajak aku" "Eh, aku dah ajak ok, kau tu yang malas nk bergerak sapa suruh" . Lepas tu mula tweet forever alone lah.,hati membara lah, kacang lupakan kulit lah.
Kalau dalam relationship, sebenarnya banyak sangat #TopikBawakGaduh ni. Sebab dalam hubungan cintan cintun ni la sikap kita jadi lain. Kalau silap sikit, terus meroyan. Kalau janji tak ditepati, terus tendang-tendang lantai. See, susah nak kawal emosi masa bercinta sebenarnya. Yang aku peliknya, kalau dengan kawan ke, dengan adik-beradik ke, takde nya nak meroyan, takde nye nak tendang-tendang lantai kalau janji tak ditepati.
Contoh:
Situasi 1
"Kaklong, takjadila keluar, malas" "Ha, ok! Kaklong pun malas keluar gak ni"
Situasi 2
"Syang, takboleh keluarlaa, I ada kerja sikit"
"Alaaa, ye ke. Kenapa? I dah siap pun"
"Tiba-tiba member I mintak temankan dia pergi makan"
"Oh. ok"
"U marah ke?"
"Eh, mana ada!"
Seminit kemudian, tweet "#TopikBawakGaduh janji tak ditepati"
(Petikan di atas tidak akan kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia)

