Sunday, July 15, 2012

Pulang ke rumah

Setelah 3 minggu berperang dengan final exam, akhirnya UITM benarkan kami pulang ke hometown masing-masing. Fuhhh! Sangat melegakan. Jadi, lepas je paper terakhir jam 11.30 hari jumaat, aku terus ke Seksyen  17 beli tiket bas. Plan sebenarnya mahu balik pagi sabtu, tapi disebabkan memenuhi kehendak keluarga, aku pulang petang Jumaat ke Kuantan.

Memang tak terkira-lah penatnya kan. Balik bilik bergegas kemas semua barang. Siap je kemas terus bersiap ke stesen bas. Rasa kalut macam Runningman je.

Jam 10.00 malam tiba di Kuantan yang indah permai (bak kata Joy). 

________________________________________________

Hari ni lepas je kemas rumah, terus keluar ke bandar. Disebabkan mama abah ada urusan di Gerik, Perak kami adik beradik buat keputusan untuk makan malam di luar. 

Dan kami ke Restoran Lila Wadi.

Ramai cakap yang restoran ni sangatlah popular dan best di Kuantan. Tapi ini bukanlah kali pertama ke sana. Kali pertama ke sana dengan Joy try Mango Cheese Cake. Memang sedap. 



Cheese Beef Burger + Seafood Fried Rice + Meehoon Chicken Soup

Yummeh! burger saya memang sedap.
Daisypath Anniversary tickers