Monday, July 16, 2012

Kegembiraan

Sebelum kembali ke Kuantan untuk cuti semester.,sempat jugakla melepak buat kali terakhir dengan Kecik, Isymah dan Irni di FSPU. Kini, mereka sudahpun mengakhiri zaman universiti, jadi, next semester mungkin dah jarang dapat jumpa. Waaa! Sedihnya.

Selalunya kalau bosan mesti call Kecik ajak keluar bersama shomel (nickname kereta dia). Selalu sangat menyusahkan dia. Sorry Kecik. hehe. Nanti semester depan dah taktahu nak ajak siapa keluar. Isymah pula photographer kitorang.

Sememangnya banyak sangat kenangan pahit manis bersama mereka. 







Nanti kalau ada masa, kita lepak lagi ye. Selamat Maju Jaya di dunia pekerjaan. :D


Daisypath Anniversary tickers