18hb Mac 2013
Ini adalah hari yang bermakna. Keringat dan kebijaksana akal akhirnya diberi penghargaan.
Masa ini aku bukanlah nak bongak sangat tapi cuma berbangga. Haruslah berbangga banyak gila sebab macam macam liku aku kena hadap sebelum aku berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda (kepujian) ukur bahan dengan jayanya. Walaupun tidak dapat menamatkannya dengan memakai selepang ungu (untuk orang-orang yang pawer dapat pointer 3.5) , tapi aku tetap bangga.
Aku Sidang ke 12. Petang. Di Dewan Agong Tuanku Canselor.
Jam 12 sudah terpacak di perkarangan dewan. Menunggu jubah dan topi dari Mira (classmate yang sangat baik & memahami) . Aku ada perasaan sikit mahu keluarkan air mata bila abah mama tolong pakaikan jubah, pin kan tudung bagi kemas, topi yang ada bulu bulu di tepi di letak atas kepala dengan elok. Mana tidaknya, mereka lah yang banyak berkorban sepanjang pengajian aku. Dan aku berjaya banggakan mereka dengan pencapaian aku. Ha gitu. Terharu.
Jam 2 perarakan masuk dewan. Di hadapan pentas terdapat kamera yang berfungsi untuk merakam istiadat konvo di dalam dewan. Makin dekat langkah aku dengan kamera, aku jadi berdebar dan dalam hati aku cuma fkir "aku nak buat muka macam mana ni?!" . Last last aku terbuat muka duck face. Dan tiba tiba aku dapat SMS "Ya Allah, kenapa buat muka macam tu, buruk gila makwe ku".
Serius aku nak cakap, itu muka spontan yang aku terbuat.
Jam 3, tiba giliran aku naik pentas. Ketaq lutut tidak terhingga. Apa yang aku fikir saat ni "macam mana nak jalan ni, kalau terpeleook macam mana" "eh mcm mana dengan amik skrol dri sahol ni" . Gila kau tak berdebar. Semalaman aku tak dapat tidur fikir pasal ni.
Akhirnya, aku berjaya melakukan dengan baik. dan gambar pun cantik. Kahkah.
Jam 4 lebih lebih nak ke pukul 5 (serius aku lupa jam berapa aku keluar dewan), keluar dewan dan haruslah merakam detik detik dan aksi menarik sambil pegang skrol dan bunga.
Ha tudia, bosan kan kisah hari konvo aku?
Ah, peduli apa aku.
Hanya 5 orang dalam gambar dia atas je tahu bertapa meriah dan gembiranya pada 18hb Mac 2013 dulu.


