Benar sekali kata Rashidah Sakinah (ini rakan sekelas dimana masuk alam kerja setahun awal dari aku) dulu bahawa apa yang kita belajar di universiti hanya 5% hingga 10% yang digunakan di alam pekerjaan.
Sedih gila!
Aku nak marah betul dengan silibus QS dekat universiti. Boleh tak ajar student benda yang betul-betul yang diperlukan dalam industri?
Masa mula-mula aku masuk kerja, aku rasa nak marah dengan diri sendiri. "Argh! apa benda lah yang aku bazirkan 5 tahun selama ni?" Mana tidaknya satu benda aku tak faham. Semua benda kena belajar dari bawah.
Tiap tiap hari aku merungut dekat mak bapak , "membazir je belajar 5 tahun tapi satu benda pun tak reti nak pratikkan dalam kerja"
Apa yang aku bersyukur, boss aku seorang yang jenis suka ajar aku yang sekecil-kecil (contohnya: kerja-kerja admin) hingga benda sebesar-besarnya (contohnya: sediakan kos analisis) Tiap kali meeting dia akan cakap "Ha fiqa, masa ni lah awak nak belajar semua benda".
Aku baru masuk kerja seminggu (sekarang dah masuk 3 bulan aku dalam company ni) dia dah suruh aku pergi meeting dengan orang-orang besar. Maksud aku geng geng datuk. Walaupun tugas aku hanya mencatit minit mesyuarat, tapi sekurang-kurangnya aku belajar dari bawah macam mana proses pre-contract berlaku untuk sesuatu projek.
There are lots of meetings, discussions, and ammendments.
Apa yang best lagi, officemate semua jenis membantu dan tak kedekut ilmu. Apa yang aku tak faham, cepat cepat ajar. Mana tidaknya, aku dapat geng QS yang lebih kurang umur 20-an gini, memang la aku suruh ajar.

