Friday, December 14, 2012

Qada' dan Qadar

Tak semua benda yang kita mahu, kita dapat. Dan tak semua yang kita dapat, seperti yang dimahukan. Kadangkala kita rasakan dunia ini tidak adil bila dijatuhkan dengan dugaan yang melampau. Kadangkala kita  akan merasakan dunia ini kejam bila diperlakukan seperti tidak sepatutnya. Aku benci bila orang melihat aku sebagai seorang insan lemah. Walhal aku yakin aku kuat dalam kehidupanku. Aku benci betul bila orang bertanya "Kau tak percaya pada takdir?" "Kau tak percaya pada qada dan qadar?". Harusnya bertanya pada diri sendiri kenapa aku Islam. Kerana aku percaya pada takdir dan ketentuan yang diberikan Allah SWT. Dan pendirian aku tetap. Dan aku percaya yang Allah turunkan semua ujian ke atas ku kerana DIA tahu kekuatan dalaman ku. 

"Aku mohon Kau limpahkan kurniaan buat diriku dan keluarga, dan kau ampunkan segala dosaku dari sekecil zarah sehingga sebesar-besar alam semesta"
Daisypath Anniversary tickers