Pejam celik pejam celik, dah nak masuk minggu terakhir sessi pembelajaran untuk peringkat ijazah ni. Terasa baru semasa daftar course untuk part 2 degree. Waduh waduh. Rupanya banyak betul benda yang terjadi sepanjang lebih kurang 2 1/2 tahun ni. Siapa sangka, macam-macam halangan jadi, aku tetap dapat berdiri dengan yakin untuk menamatkan sesi ijazah ni. Lagi 2 minggu peperiksaan akhir bermula. Takut? Eh, perasaan itu memang wajib untuk aku setiap semester. Aku harap segala penat lelah untuk semester ni membuahkan hasil yang berbaloi-baloi. Amiinn.
Seperti adat yang biasa biasa orang buat sebelum exam, mereka akan memohon maaf di antara satu sama lain. Jadi, aku pun akan buat benda yang sama kali ni.
"Kepada mama abah adik-adik, jika ada benda terkecil hati, terkasar bahasa, kaklong mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kepada Joy, saya tahu semester ni banyak sangat benda yang saya serabutkan otak awak, mohon dimaafkan juga. Kepada rakan-rakan, kalau ada takpuas hati dengan hasil kerja sepanjang kita kerja bersama, ampun dipinta.Doakan saya agar dapat mengharunginya dengan baik"

