Thursday, September 27, 2012

Komitmen

Assalamualaikum.

Minggu ini baru ada komitmen untuk memulakan dissertation. Oh, tajuk dissertation aku ialah "Renovation Works of Pudu Sentral" yang perlu dihantar dalam masa 6 minggu dari sekarang. Menakutkan ok. Lepas kelas Construction Technology pada Selasa lepas dan alang-alang takde benda nak buat, pergilah berjalan-jalan ke Pudu Sentral atau sekarang sudah dinaiktaraf kepada UTC (Urban Transformation Centre). Niat memang mahu korek-korek info untuk memenuhi kehendak Chapter 4.



Tanpa membuat sebarang appointment atau hantar surat permohonan kajian, aku terus pergi serang pejabat pengurusan Puduraya, yang diuruskan oleh UDA MALL SDN. BHD. Disebabkan aku ada surat dari fakulti, jadi macam confident ah nak pergi serang hendap gitu. Ingat boleh dapat ke? No no no, dorang tetap nak aku emel-kan surat permohonan untuk dapatkan layanan mereka.

Sehingga hari ini, emel tu masih belum dijawab. Hmm.


Terima kasih kaksu, mira dan j sebab sudi temankan pergi UTC. :)
Daisypath Anniversary tickers