Sunday, July 29, 2012
Ramadhan
Rasanya sejak pulang rumah ni, jarang sangat aku coretkan kat sini. Bukan apa, takde idea langsung untuk menulis. Lebih lebih lagi, sekarang aku sedang menjalani latihan praktikal di JO QS CONSULT sehingga 7hb September 2012. Jadi sibuklah skit dengan kerja, kena taking off, tolong qs buat tender report, tolong fotostat, tolong ambilkan fail, tolong tebuk tebuk lubang. Haa, banyak kerja kan. :)
Pejam celik pejam celik dah seminggu dah kita berpuasa kan. Ok, tinggal lagi 3 minggu.
Seperti biasa bila cuti semester je, masa akan dipenuhi dengan latihan praktikal. Kali ini agak lama jugak, dalam 2 bulan gitu. Harap-harap dapat ah elaun, boleh shopping raya. HEHE.
Sepanjang Ramadhan ni waktu ofis dipendekkan iaitu dri jam 8.30pagi hingga 4.45petang dan hanya 15 minit untuk rehat. Boss tempat aku praktikal ni selalu tiada kat ofis, kalau masuk pun sejam je. Jadi, kitorang selalu balik pukul 4.30petang. Kalau boss tahu mampus. haha.
By the way, Happy Ramadhan.

