Wednesday, May 23, 2012

Jalan Kaki

Tiap-tiap hari aku akan berjalan dari Kolej Mawar ke Fakulti Seni bina, Perancangan dan Ukur (FSPU) yang mengambil masa antara 5 hingga 10 minit perjalanan. Penat mak oooi bukan kepalang, lutut ni rasa nak tercabut. Ok, ayat over sangat. Penat-lah juga sebab untuk sampai ke kelas, aku terpaksa mengharungi 5 peringkat anak tangga yang sangat-lah curam. Aku rasa-lah semua student (FSPU) sangat gagah perkasa dan tahan gayat.

Sebagai seorang pejalan kaki yang tegar dalam kawasan UITM Shah Alam ni, aku sangat terdedah dengan risiko untuk menjadi seorang receptionist. 

Dalam perjalanan ke kelas, mesti ada kereta besar, kereta kecil, lori akan berhenti di sebelah aku. Kalau nak bagi tumpang takpe, ni tak...." Adik, macam mana nak ke Pusat Sukan?" "Adik, DATC kat mana ye?" "Kakak, saya mau hantar ini balang (sebutan utk barang versi apek) dekat ini punya alamat, ikut jalan mana?"

"Ohhhh.,encik ikut jalan kiri, sampai simpang belok kiri ye." "Oooh, uncle mahu pergi fakulti ini ye, uncle kena round ini punya roundabout, lepas tu masuk itu lorong, uncle kasi lori ini jalan straight je".

Bukan setakat uncle, aunty, pakcik makcik, abang handsome je berhenti tanya arah jalan, Matsalleh pun ada oooi. Haaaa, terbelit lidah aku "speaking" dengan matsalleh tu tunjuk arah jalan. Harap-harap dia faham la apa aku cakap.

Kawasan UITM memang besar gila.,kadang-kadang aku pun boleh tersesat dalam ni. Tapi takde-lah aku gila nak jalan kaki satu UITM ni, memang boleh tercabut lutut lah. Maksud aku, aku tersesat semasa memandu di kawasan-kawasan UITM ni.

Aku rasa aku nak sediakan peta UITM Shah Alam ni dalam beg, setiap kali orang berhenti tanya pasal jalan, terus je aku bagi peta tu kat diorang. Selesai masalah.


Daisypath Anniversary tickers