Monday, May 21, 2012

4 anak dara

Bila dah berlainan arah kehidupan dengan rakan kelas dulu, jarang dapat lepak sama. Penat aturkan hari lapang untuk hang-out sama-sama. 

Well, selepas beberapa kali plan untuk keluar jalan gagal disebabkan oleh assignments degree yang begitu kejam, akhirnya dapat jugak keluar. Kecik, driver yang berwibawa sentiasa memenuhi kehendak kami. Wuhuu. Terima kasih Kecik, si driver comel yang berwibawa. 

Destinasi Pertama: Stellar Boutique di Subang Jaya.
Disebabkan Shuhada Ahmad jadi photographer, maka tiada gambarnya di sini. Gaya Isymah Aris-lah yang paling power. Senyuman Rashidah Sakinah-lah yang paling comel. Hehe. So, kat sini Shud & Isy je beli necklace, aku dengan kecik jalan-jalan cuci mata. Ingatkan nak tengok koleksi Calaqisya, tapi takde pun sebab dorang dah berpindah ke Nurul Wonder Wardrobe kat Shah Alam. 

Destinasi Ke-2: Rumah Isymah Aris di Keramat
Kat sini, mak Isy paksa aku makan banyak-banyak. Aaaa! 
Pape pun, sedap sungguh udang tu makcik. Hehe.

Destinasi ke-3: Jalan Tunku Abdul Rahman.
Buat apa sini? Borong tudung-lah! heheh. Kitorang memang penggemar tudung bawal. 
Gambar kat sini masih kat Isy dan Shud. Takdapat-lah nak upload.

Daisypath Anniversary tickers