Monday, March 11, 2013

Tujuan Asal

Walaupun aku hanya memegang posisi sebagai pembantu juru ukur bahan. Tugasan yang aku terima ya ampun bertimbun jugaklah cerita dia. 

Pada hari pertama. Dalam bilik mesyuarat.
"Tujuan kami mengambil keputusan untuk mengambil pembantu juru ukur bahan ialah untuk membuat tugasan R&D, di mana awak perlu mengemaskini semua harga-harga untuk setiap elemen bangunan"

Mendengarkan tugasan tersebut tiadalah aku rasa susah sangat. Lagipun semua harga boleh diambil dalam tender dan juga dalam claim oleh pihak sub-kontraktor. 

Namun, beberapa minit kemudian...

"Ha Affiqa, awak bantu saya dalam menguruskan projek kelab golf ni. Lagipun sekarang tiada siapa yang tolong saya dalam hal documentation"

Beberapa minit kemudian lagi...

"Ha Affiqa, awak juga kena terlibat sama dalam projek family mall ni. Lagi sikit je pun tinggal ni"
(Padahal existing bangunan pun belum dirobohkan lagi)

Keesokan harinya.
"Affiqa, awak tolong buatkan LA (Letter of Award) dekat kontraktor untuk projek Pahang Plantation ni"

"Affiqa....."

"Ha, Affiqa....."

_______________________________________________________________________________

Aku mula rasa bos aku ni sudah lari dari tujuan sebenar dia ambil aku bekerja. Dan setiap hari mulut dia takpernah terlepas untuk tak menyebut nama AFFIQA ni. Nampak tak aku famous gila dekat office sekarang ni?
Daisypath Anniversary tickers