Tuesday, January 22, 2013

4 Tahun


Jika diikutkan kronologi, aku kenal lelaki ini pada awal bulan Jun 2009. Inilah gambar pertama aku lihat sebelum tekan "approve". Sampai sekarang aku masih garu kepala kenapa aku "approve" dia untuk "friend request" masa zaman myspace dulu. Ha-ha!

Biasalah berkawan di laman sosial, kepentingan paras rupa diambil kira. Aku yakin 100% semua orang akan tengok paras rupa sebelum approve member di laman sosial kan. Jangan cakaplah "eh, mana ada mana ada, aku tengok hati". Ok, bagitahu sekarang macam mana korang tengok hati? Gambar tu boleh bergerak keluarkan hati ke? 

Bila dah sembang, kenal perangai baru tahu dalaman dia macam mana. Dan masa tu jugalah kita akan buat keputusan sama ada terusan perbualan, atau terus remove dia dari friends list. Disebabkan lelaki ini macam boleh dijadikan sebagai teman, aku membuat keputusan untuk kekalkan dia alam friends list pada masa itu.
Oh ya. Kami hanya berkenalan di laman sosial. Namun mula berkawan di alam nyata. 

Walaupun keadaan yang berbeza, aku tak kisah selagi hatinya masih sama. Aku lebih sukakan sekarang berbanding dulu. Alhamdulillah. Ha-ha.




Daisypath Anniversary tickers