Friday, January 11, 2013

11 Januari 2013


Tepat jam 12.00 tengah malam tadi berakhir sudah episod 22 tahun dalam hidup aku. Apa yang boleh aku simpulkan, tahun ke 22 merupakan tahun di mana aku bangkit dari kegagalan. Banyak tangga perlu aku daki untuk sampai ke tahap sekarang. Alhamdulillah, dengan berkat doa dan semangat dari orang sekeliling aku, tahap kekuatan aku bertambah demi hari. Syukur. Alhamdulillah. 

Tahun ke 23 perlu dilihat sebagai tahun permulaan alam kedewasaan. Rata-rata ucapan yang aku terima memberi harapan yang tinggi keatas tahap kematangan aku dalam kehidupan. Ramai juga yang cakap "ah, 23 dah, tua tua tua!" Bagi aku, peningkatan umur menunjukkan peningkatan dalam daya kita berfikir, bergaul dan juga penambahan tanggungjawab. Aku tak takut untuk bergerak ke hadapan kerana aku yakin Allah SWT telah merancang perjalanan hidupku dengan baik. Dan aku yakin, aku mampu mengalas tanggungjawab.

Assalamualaikum 23. Mari kita terus berjuang!
Daisypath Anniversary tickers