Siapa tak suka berada di semester akhir. Masa ni-lah berangan macam-macam. Nak kerja bergaji besarlah, berkereta mewah, tinggal di kondominium, nak kahwin-lah. Eh? Hahhaa. Namun, sesiapa yang belum pernah mengalami pengalaman menjadi pelajar semester akhir takkan tahu betapa peritnya tubuh badan serta kewarasan otak.
Kerja punyalah banyak, sampai nak dating pun hati tak senang. Nak shopping pun masih teringat-ingat assignment dalam laptop yang belum disentuh. Sesungguh semester ini sangat mencabar bagi aku. Dan aku terasa sangat matang bila dapat settle-kan satu satu masalah. Itu baru masalah assignments, belum nak handle ahli-ahli group yang macam fiil. Belum lagi fikir nak settle kan masalah adik-adik. Cuba tiba-tiba bergaduh dengan pakwe pasal hal remeh, tak ke boleh meletup otak fikir?
Walau apa pun, aku berpegang atas satu prinsip. Settle-kan mana yang penting dahulu.
1. Sebelum keluar dating, pastikan semua kerja yang urgent siap!
2. Kalau group members buat hal, alaaa, pedulikan mereka. Asalkan tanggungjawab kita selesai. Tanggungjawab dia biar dia jawab dalam kubur nanti. Eh, takleh jugak macam tu. Atleast, ingat-mengingatilah kan. Jadi, takdelah nak bermasam muka atau bertumbuk atau tarik-tarik rambut kan.
3. Keluar shopping sebagai award untuk diri sendiri atas kegigihan menyiapkan assignments.
4. Jika adik beradik ada masalah, bersikap cool sahaja. Nasihat apa yang patut. Kalau malas sangat nak layan, cakap "Eh, dah makan dah?"..haa, konfem topik perbualan berubah serta merta.
5. Kalau bergaduh dengan pakwe, jangan pendam lama-lama. Luah semua benda. Lagi kita pendam, lagi teruk sakit hatinya. Kalau dah terlampau sayangnya, ikatan dia macam adik-beradiklah. Air dicincang takkan putus. InsyaAllah, pergaduhan itu akan terlerai dalam masa 1 jam, paling lama pun 1 hari je.

