Wednesday, November 7, 2012

Tengku Puan Pahang

Minggu lepas, almaklumla semester break selama seminggu, hari-hari memang dipenuhi dengan aktiviti keluarga dan masyarakat. Orang kata, selagi kita bertenaga dan ada nafsu yang tinggi nilah perlu berusaha sedaya upaya untuk memenuhi kehendak ahli keluarga. 

Zureen Sofea, anak bongsu kepada pasangan Zairon dan Wan Norhidayati, bertuah sungguh kerana telah terpilih untuk menjadi "flower girl" bagi Majlis Titian Emas di SK Kertau, Chenor. Yang paling menarik, tetamu khas merupakan salah seorang yang sangat dihormati dan disanjungi di negeri Pahang, iaitu DYTM Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Bt Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Baginda merupakan penaung kepada Persatuan Pandu Puteri Pahang. 

Aku yang baru berjinak-jinak untuk menjadi orang Pahang ni, memang tak melepaskan peluang bila mama suruh jadi juru foto untuk adik. 

Seminggu Zureen dilatih oleh orang-orang ketua Pandu Puteri macam mana untuk berdiri, untuk pegang bunga, tunduk hormat. Protokol, protokol. Adat melayu semamngnya kaya dengan protokol.



Disebabkan majlis ni dianjurkan oleh Persatuan Pandu Puteri, jadi semua ahli Pandu Puteri sekitar daerah Maran datang untuk menjayakan majlis. 

Ada makcik bertanya, 

"Cikgu dari sekolah mana ni?" "Oh, saya dari SK LKPT KG.NEW ZEALAND, anak murid jadi flower girl"




Daisypath Anniversary tickers