Tuesday, November 13, 2012

MUET 2012

10.11.12

Oh! Ini tarikh dimana aku menduduki tiga lagi kertas MUET iaitu Reading, Writing dan Listening. Secara keseluruhannya, agak susahla lagi lagi bahagian Reading. Entah artikel mana dorang amik, ayat-ayat memang power habis. Kalau bahagian Listening, not bad-lah. Rasanya dapat tangkap semua yang di-udarakan menerusi radio di hadapan dewan.

MUET ni aku ambil di SMK Dato Panglima Perang, di Kuantan. Awal jam 7.30 pagi, Joy dengan segak berkemeja merah dan bertali leher dah terpacak di hadapan rumah aku. Masa tu cepat-cepat salam abah mama, "Abah, kaklong pergi dengan Joy ni", "Ok".

Disebabkan hal-hal yang takdapat dielakkan, kami tiba lewat di tempat peperiksaan iaitu jam 8.00 pagi. Masa tu kalut yang amat sebab ketua pengawas sudah mula memberi arahan untuk meneliti kertas ujian. Jantung jangan cakap, berdegup laju macam nak terkeluar dari badan. Aku diberikan tempat duduk, dan mula menyelak satu persatu kertas ujian. Mohon segalanya berjalan lancar.

Hampir 10 minit berlalu, tiba-tiba. "Ok, anda semua diminta berhenti. Ada kawan awak takdapat kertas ujian lagi". Dalam hati, "Alahai, siapalah insan tak bertuah tu".

Setelah hampir 10 minit menunggu kertas ujian tiba, aku mulakan balik menjawab.

90 minit diperuntukkan untuk menjawab, digunakan dengan baik. Kadangkala sempat lagi menjeling kearah Joy yang duduk selang 3 baris dari tempat aku. Dalam hati, "Oh! macam ni rasanya kalau satu dewan peperiksaan dengan Joy".

oh ya! Kami memang pernah satu universiti dahulu, tapi berlainan kursus. Dia dalam BUILDING, dan aku dalam QUANTITY SURVEYING.

Bila masa telah tamat, kami dibenarkan untuk keluar mengambil udara segar. Lega rasanya. Tapi ada lagi 2 paper menanti.

A: Ha, sayang, boleh jawab tak?
J: Boleh je. Senang ok. Aku jawab dalam 30 minit je sebab ingat paper ni 30 minit. HAHHAH!
A: Ha? Gila tererrr.
J: Hahah, eh, tahu tak siapa yang tak dapat kertas ujian tadi?
A: Ha, siapa?
J: Aku-lah!
A: HAHAHHAHA.

Setelah settle paper Writing.

A: Ha sayangboleh jawab tak?
J: Susah oooi! Aku takde idea untuk point esei tu.
A: Ala, takpe. Sayang kan terer BI.
J: Ok.ok. Jum masuk dewan untuk Listening.
A: Ok. Good Luck sayang!
J: Good Night!
A: Ha?
J: eh. good Night plak! GOOD LUCK GOOD LUCK!

Setelah settle paper Listening

A: Ha, senang tak?
J: Senang!
A: Ok. Jom ah balik.
J: Habiskan sebatang rokok luuuu.
A: OMG OMG.


Apa pun, mohon dapat keputusan yang baik. Amin Amin.

P/s: Lepas habis MUET, kami ke #phgkutwtup di Teluk Chempedak. Ah! Indah khabar dari rupa. Biasa aje.

Daisypath Anniversary tickers