Sunday, October 28, 2012

Aidiladha


Aidiladha tahun ini agak berbeza sikit. Rina, my second sister was not around. Disebabkan dia di Semarang, Indonesia mengikut program pertukaran pelajaran, tahun ni beraya 4 orang saja. Tapi apa pun, suasana hari raya haji masih terasa.

Almaklumla di Kelantan, suasananya sangat berbeza dengan negeri lain. Maksudnya meriah dia macam sambut raya puasa. Haaa. Pagi pagi ramai ramai ke masjid untuk solat sunat raya, kemudian ramai-ramai pergi ke kawasan tempat lembu dikorban. Selalunya satu family besar akan turun ke padang untuk tengok upacara penyembelihan. Lepas tu, sama-sama gotong royong melapah daging kat bawah rumah. Kaum ibu pula dah sediakan periuk belanga untuk memasak. Kanak-kanak riuh berlari sana-sini walaupun cuaca panas. Ada juga aktiviti ziarah-menziarahi sanak saudara. Dan aku? Duduk melenggang kangkung atas rumah tengok drama raya. HAHAH.!

Raya pertama ke Tanah Merah. Solat sunat raya di sana, sembelih, melapah daging lembu pun di sana. Malamnya pula ada majlis doa selamat dan solat hajat untuk Bazilah (sepupu) sempena SPM minggu depan.
Raya kedua pula ke Kuala Krai, kampung mama. 


Daisypath Anniversary tickers