Pulang je dari masjid, semua berkumpul ramai-ramai menikmati juadah di pagi raya. Ada roti jala, laksa Johor, nasi arab, nasi impit. woooww! Perut pun boleh "culture shock" gini. HAHAH.
Tengah hari pula, pergi beraya sebelah kampung mama di Kg. Guchil Lama, Kuala Krai iaitu kira-kira 20 minit je dari Machang. Tapi biasalah waku raya ni, jalan memang jeeemm teruk. Sampai je rumah tokma, kami dihidangkan dengan nasi pelangi, nasi dagang, nasi impit. Haaaa. Tu diaaaa makan tak ingat dunia.
1 Syawal dipenuhi dengan aktiviti makan-makan dan ziarah-menziarahi sanak saudara.

