Saturday, May 5, 2012

Mei


Permulaan Mei yang baik.




Kami bukanlah seperti pasangan lain selalu akan bergayut berjam jam di talian. Medium perhubungan kami adalah sms dan social networking. Bila dapat face-to-face, mulut takberhenti-henti bercakap. Banyak perihal isu akan dibangkitkan. Seronok dapat habiskan masa 3 hari dengan Joy di Shah Alam. Kebetulan pula dia tengah cuti semester. 


Pagi Rabu gila bangun awal semata-mata nak bersarapan dengan Joy. Malam pula Joy temankan jalan kaki pulang ke kolej. Tengah hari Khamis, turun je tangga fakulti Joy dah ada kat depan mata dan dapat lunch sama-sama. Nampak remeh kan. Tapi ianya indah bagiku. Jarang dapat peluang macam ni.  Kepada Joy: Sekarang awak tahu kan macam mana kehidupan saya di Shah Alam? 

Hari Jumaat melayan kerenah buah hati, adik-adik, kawan berjalan-jalan di ibu kota. Penat? Langsung tak rasa. Tapi bila dah sampai kolej, mulalah badan lemah semacam. Kan mengada-ngada namanya tu.
Nurul Wonder Wardrobe, Alam Avenue Seksyen 16 Shah Alam. 
Tyra seronok sangat dapat beli wedges yang selama ni dia selalu termimpi-mimpi tu. Rina pula taksabar-sabar nak pergi Pesta Buku di PWTC. Dia memang ulat buku.

Kemudian kami ke Pavilion, KLCC, Sogo dan Jalan TAR. Syurga dunia bagi wanita. Joy dan Alip berperanan sebagai bodyguard kami pda hari tu. Terima kasih abe abe. Wuhuuu. Disebabkan Sogo buat sales sehingga 80% untuk jenama antarabangsa, takpasal-pasal aku "terbeli" handbag. Aaaa.

Dan sekarang perlu ikat perut sebab terlebih budget.

Daisypath Anniversary tickers