Mama.,
Terima kasih kerana menjagaku dari saat mama mengandungkanku sehingga sekarang.
Terima kasih kerana masak yang best-best.
Terima kasih kerana belikan baju, kasut, handbags, anak patung barbie.,dll.
(Ada satu comforter yang mama belikan, dari zaman sekolah hingga sekarang saya pakai.)
Terima kasih kerana sentiasa di sisi semasa naik dan jatuhku.
Terima kasih kerana datang pelukku setiap kali air mata ni jatuh.
Terima kasih kerana datang suapkan makan untukku tiap kali selera makanku langsung tiada.
(Mama paksa suruh makan jugak.)
Terima kasih kerana paksa-paksa suruh pergi hospital tiap kali sakit.
(Sebenarnya klong degil sebab nak mama temankan.Aih.,besar-besar pun mengada nak mampus. Heheh)
Terima kasih sebab sabar je dengan sikap pemalas masuk dapurku.
Terima kasih kerana sentiasa bagi nasihat dan peringatan yang berguna.
Terima kasih kerana selalu bagi duit masa ku dalam kesempitan kewangan.
(Dah boros sangat, memanglah asyik tersempit je.)
Terima kasih untuk segalanya.
Semoga hidup mama sentiasa diberkati Allah SWT. Teruskan menjadi mama yang terbaik untuk kami ya. Selamat Hari Lahir yang ke-51. Sayang mama. :D
