Monday, February 6, 2012

mahu cantik

Hari ini macam nak cakap mengenai produk kecantikan.

Well, sebenarnya dari sekolah rendah lagi muka aku bermasalah. Ianya bermula dengan jerawat yang mengada tumbuh kat dahi. fuh! masa tu rasa malu yang amat. Ye ah, cikgu pun tanya kenapa muka aku teruk sangat. Kan masa tu budak-budak lagi. Boyfriend pun takdak. so, aku tak ambil kisah sangat. Buat bodo je. Sehinggakan satu hari ini, seorang cikgu lelaki yang auw auw panggil aku ke bilik sains.
"Kalau awak nak cantik.,ambil tuala wanita, sapu kat muka"
"Serius cikgu????! errr.errr."

Tapi aku tak amalkan pun. Disgusting you know.

Naik sekolah menengah., aku mula jaga muka. Aku mula pakai produk-produk kecantikan yang sesuai untuk muka berminyak dan berjerawat.

Lepastu.,alhamdulillah muka aku ok. Licin jugaklah. Walaupun kadang-kadang jerawat masih naik, tapi boleh dikawal. Lama-lama aku dengar benda ni boleh menghakis kulit.,aku pun berhentilah dari menggunakannya. Ingatkan ok.,rupanya muka aku kembali teruk.

Kemudian, masuk je alam universiti.,mama kenalkan aku dengan produk ni.


Produk ni serasi dengan aku. Maksudnya dapat hilangkan semua kesan jerawat, muka kusam. Tone warna yang tak sekata. Memang gembira tidak terkatalah. Sebab tu lah Joy terpikat. ceeeh. Tambah cerita dongeng pulak! hahaha. Bila semua dah kembali stabil semua.,dan sampai satu ketika, takde ribut takde angin.,muka aku kembali meragam.arrrggghhh! Stress. Lepas tu, macam-macam produk la aku try, semua tak menjadi sehinggalah sekarang.


Inilah antara produk yang aku guna. Banyak lagi sebenarnya termasuklah Garnier, Safi Balqis, Fair&Lovely, dll. Tapi taklarat nak upload dah. Macam-macam tips yang rakan bagi pun aku amalkan, contohnya basuh muka dengan air suam.,jangan pakai compact powder yang berunsurkan mineral, dan macam-macamlah! Namun, hasilnya kurang menyakinkan. :(

Hari ini masa jalan-jalan kat Megamall, mama bawa masuk ke kedai jamu. Dia suruh aku cuba Leesa Formula, Resdung. Aku harap kali ini produk ini sesuai dengan aku, dan buat muka aku berseri-seri lagi. Cewaah!

Wanita memang nafsunya ke arah kecantikkan.


Daisypath Anniversary tickers