Hari ini memandangkan cuti.,lepas je tengok Kuch Kuch Hota Hai tadi, solat Asar dan terus vrooomm ke bandar. Mula-mula ingat nak ke Teluk Chempedak, shoot gambar-gambar pantai, tapi disebabkan hujan kitorang pun berlegar-legarlah kat bandar tu. Cari-cari butik yang lawa-lawa. And guess what, I found this gallery that has awesome collections at Putra Square. Semua koleksinya lawa-lawa macam Pastelina&Calaqisya dan harganya pun berpatutan.
Sudah 3 minggu masa berlalu. Walaupun tiap-tiap minggu keluar ke bandar, aku masih takdapat nak hafal jalan kat Kuantan. Kadang-kadang mesti ada tersalah masuk jalan la.,lupa nak masuk lorong la. Macam-macam hal. Hari tu tengah sembang-sembang dekat office, Encik Ikhwan cakap.,"Siapa yang tak kenal Kuantan je yang akan keluar petang Jumaat". Kenapa? "Sebab jalan jemmmm gileeee. Orang Kemaman turun Kuantan shopping". Ooooo.
Jadi, siapa-siapa yang nak datang Kuantan hari Jumaat, sila padamkan niat anda.
Rasanya mata ni makin rabun. Akhir-akhir ini, taksedap sangat rasa kalau drive malam-malam. Tak dapat nak fokus. Sebab itulah jugak, aku malas drive malam-malam dan lebih selesa duduk rumah layan drama Melayu.
Abah! nak cermin mata baru boleh? Hihi.


