Monday, February 6, 2012

Agama atau Dunia?

Kenapa bila kita hasratkan untuk berkahwin awal, mesti ada mulut-mulut yang akan mengeluarkan ayat kurang menyenangkan "Ambooih ngko, gatai sangat dah leee tuwww". Bukankah dengan berkahwin awal tu dapat menghalang kita dari jatuh ke lembah maksiat. Bukankah dengan cara itu syaitan akan menangis dengan kuatnya kerana tak berjaya untuk memperdayakan anak Adam?

Mungkin ibu bapa tak izinkan anak mereka untuk berkahwin awal kerana anak itu sendiri. Ketiadaaan wang untuk menampung keluarga, dan keadaan anak yang masih dalam komitmen belajar. Tapi mana yang lebih penting sebenarnya? Menegakkan agama atau mengejar dunia?

Aku bukanlah orang yang bijak dalam membicarakan perihal agama. Tapi inilah persoalan yang selalu berlegar dalam benak fikiran. Mungkin kita perlu mengambil langkah baru dalam kehidupan.

"Ya Allah,Engkau Maha Berkuasa.,ekau tunjukkanlah aku jalan yang lurus., serta permudahkanlah perjalanan hidupku. Sesungguhnya aku hamba yang kerdil lagi hina. Kau makbulkan doa-doa ku, Ya Allah"
Daisypath Anniversary tickers