Hooray! Cuti semester sudah bermula. Alhamdulillah semester ini dapat dilalui dengan jayanya.
Kolej Mawar, UiTM Shah Alam
Semester ini abah tekad suruh aku tinggal di kolej. Dia kata lebih jimat berbanding hidup di luar. Awalnya aku tak setuju, ye lah, mesti dah tak banyak masa dengan kawan-kawan. Tapi orang kata, patuh kepada ibu bapa tak rugi. Dan sememangnya tak rugi.,berkenalan dengan rakan baru memberi peluang untuk menjadikan hidup aku lebih mudah daripada yang disangka.Tingkat 6 tu ala puaka sikit, mana tidaknya, tengah-tengah syok tgk movie malam, fuuuuss! elektrik padam. Huh! Blackout je kejenya. Lorong-lorong ke bilik pula sentiasa gelap, pukul 4 atau 5 pagi baru lampu buka. Dorang saja la tu nk jimat elektrik. Lift pun sama, nasibla kalau terkena lift yang takde lampu sebab mentol terbakar. Memang hati cekal gagah gila la nak turun sorang dalam lift gelap tu. Mula lah aku terbayang cerita-cerita hantu. Sigh!
Namun, selagi katil ok, tempat tinggal selesa.Alhamdulillah.
Peperiksaan Akhir Tahun
Bahagian ini paling rasa mencabar. Sebulan exam, sebulan jugaklah aku tak sihat. Dengan muntah tiap-tiap pagi. Tangan kaki asyik sejuk je. Badan asyik berpeluh. 2 papan panadol active fast masuk dalam perut. Ini simptom tekanan peperiksaan ok. Mana tidaknya, aku terpaksa tempuh 8 papers untuk semester ni. Fuuh!Dengan tiap masa gaduh dengan Joy sebab aku selalu moody, dengan kesihatan kurang stabilnya, Alhamdullillah, semua paper dapat jawab dengan baik. Harap-harap dapat result yang memberansangkan. Aku tak aim tinggi, takut frust menonggeng. Moga-moga tiadalah yang gagal.
11 Januari 2012
Ha.,ini bahagian yang paling menarik. Surprise party by Kecik, Shud, Isy, Khadiaq kat FSPU punya rooftop, dengan kek Chelsea lagi memang takkan aku lupalah. Thanks a lot! And 2 days before the event, Joy gave me a bouquet of flower, oh! Sweet! And the sad thing that I think my age start to increase rapidly by now. I need to start to be more matured.This coming Wednesday, I'm gonna start my practical at JO QS Consult, Kuantan for 6 weeks. Wish me luck. :D



