Tahun 2011 merupakan tahun aku bangkit semula dari rebah. Mengembalikan semangat baru bukan mudah. Ianya memerlukan masa yang panjang. Jangan cakap aku tidak usaha, aku usaha bersungguh-sungguh, mungkin kadangkala aku leka dan terjatuh lagi. Aku mengharapkan tahun 2012 memberikan jalan hidup yang baik dari 2011. InsyaAllah.
Aku mahu berubah ke arah kebaikan. Mempunyai perilaku yang baik merupakan impian yang nyata. Andai aku tersalah, bimbinglah aku. Aku seorang hamba yang lemah serta banyak kekurangan. Semoga hidupku sentiasa dilindungi olehNYA.

Wish list? Only 1.