Monday, December 5, 2011

Budi pekerti

Assalamualaikum.

Ini perihal social networking a.k.a FACEBOOK. yaa! Kita semua tahu bahawa kita bebas untuk mengeluarkan pendapat dalam apa jua isu sekalipun samada berkaitan dengan diri, orang lain, negara mungkin. Pendek kata.,semua benda kita boleh post. But, lets us think for a while ya.,mengeluarkan statement tanpa mengira sensitiviti sesekeliling adakah bagus?

Kurang faham?

Contoh: Sekarang ini banyak sangat notes/status/komen yang berkaitan dengan perihal wanita. Tulis macam-macam keburukan perihal wanita seperti penulis itu langsung tidak mempunyai wanita dalam hidupnya.


Seriously, this is not the way to consult people.


Menegur ke arah kebaikan tidak salah, malah sangat baik untuk memperbaiki diri. Tapi cara menegur itu salah. Tak perlulah mengeluarkan statement tentang keburukan sesuatu, walhal diri sendiri pun tidak sempurna. Macam-macam cara kita boleh guna. Wanita memang bersifat lembut bukan.,dia suka dipuji dan disokong yang membuatkan martabatnya terasa diangkat lebih tinggi. Jika ingin menegur, gunalah bahasa yang baik, takperlu guna bahasa yang kasar. Sebenarnya bahasa kasarlah yang menjadi penyebab seseorang wanita itu bertindak agresif. Mengapa? Kerana ingin mempertahankan diri supaya tidak sewenang-wenangnya ditindas.

Ini hanya pendapat peribadi.

Bagi aku lelaki suka mencari kesalahan wanita supaya mereka dianggap membawa martabat agama.

Tak sedarkah mereka bahawa mereka juga mempunyai kelemahan masing-masing?

oooh, Kalau perempuan pakai seluar nampak bentuk b*****t tak boleh? Kalau lelaki pakai seluar londeh smpai nampak lurah b****t boleh pulak? (Contoh)

Kalau perempuan pakai tudung, macam-macam nak complain., cakap pakai tudung macam itu la ini la. Tak salah menegur, tapi gunalah bahasa yang sesuai. Sedangkan Rasullullah pun menegur umatnya dengan bahasa yang baik bukan.

Aku bukan mahu menjatuhkan sesiapa. Just thinking.

Well, you can use this words like:

"Baju ini cantik kot, tapi kalau u pakai labuh macam ini lagi cantik"

Kan, sedap sikit dengar tu. Then, mesti dia akan pilih baju yang paling cantik untuk dipakai.

Easy kan. So guys, please please think before release or do some statement. Nobody perfect right. Kita boleh bersama-sama memartabatkan bangsa dan agama kita jika kita tahu caranya yang betul.



Daisypath Anniversary tickers