Sewaktu dulu, Bahasa Inggeris aku sangat terabur, eh, tapi sekarang pun masih terabur jugak.Tapi dek kegarangan seorang guru bahasa inggeris ini membuatkan aku takut dan bertungkus lumus untuk memastikan ayat inggeris aku bagus. "ceeh, baguslah sangat" Setiap hari hidup kami dihiasi dengan rotan kesayangan yang diberi nama John and Mary. Fuh! Jangan cakaplah kan, kalau satu kesalahan grammar, sekali kena rotan. Dia suka pasangkan kami dalam kelas. Semua orang ada pasangan masing-masing. Pasangan aku ni ada mata macam Cina.,so, satu kelas gelarkan dia "Tibet". Tiap kali kelas dia, mesti kena duduk tepi pasangan masing-masing dan kena tanda buku grammar, kalau ada kesalahan, mesti akan dimakan dengan rotan kesayangan dia tu. fuuhh! Walaupun dia garang, tapi usaha dia untuk buat kami berjaya sangat berhasil. Dalam kelas kami, majoriti mendapat A dalam mata pelajaran Inggeris (UPSR). Dan sekarang, majoriti rakan kelas aku masa sekolah rendah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. *tak termasuk aku lah kan.
Hari ini kami dikejutkan dengan berita yang sangat sedih, iaitu dia telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi akibat serangan jantung. Berita ini sangat menyedihkan aku sebab sudah bertahun aku jejaki dia. Kebetulan semalam baru bersembang dengan rakan kelas mengenai dia. Berita ini sangat tidak dijangka.
Kami berdoa agar roh arwah ditempatkan di kalangan orang yan beriman. Amiin.
Al-fatihah buat Sir Faizul.
