Sunday, November 20, 2011

Entri baru.

Aku rasa aku memerlukan sebuah buku kecil supaya setiap kali idea datang untuk dijadikan bahan penulisanku terus aku dapat catit kedalamnya. Jadi, tak perlulah aku bermandikan peluh untuk memikirkan ayat yang paling sesuai untuk setiap entri.

Impian.
Aku dapat rasakan semua orang sedang bertungkus lumus mengejar impian masing-masing. Mungkin impian atau boleh dikatakan juga sebagai angan-angan telah ditanam dalam benak fikiran dan hati sejak muda lagi. Kebanyakkan orang mahukan kejayaan, kebahagiaan, ketenangan dan lain-lain lagi yang bersifat positif. Tak ramai orang atau tiada seorang pun mengimpikan kesedihan, kehancuran, kehilangan dan lain-lain yang bersifat negatif. Namun setiap impian yang diimpikan perlu disertai dengan usaha, tawakal dan doa. Jika 3 elemen ini tidak dicampuradukkan bersama, sudah pasti hasilnya tidaklah sebagus mana.

Abah aku seorang yang bercita-cita besar dan sangat komited dalam apa jua pekerjaannya untuk memastikan misi hidupnya tercapai. Setiap kejayaannya yang diperoleh sekarang sentiasa diiringi dengan usaha yang padu, tawakal yang mantap, dan doa yang tidak putus-putus kepada penciptaNYA. dan yang paling penting, seorang isteri yang sentiasa setia di sisi dan menjadi tulang belakang dalam setiap kejayaannya. Jika ditanya siapa idolaku sudah pasti aku akan menjawab "Mestilah bapak aku!" Aku tidak menafikan yang aku sangat bangga dan bersyukur kerana dilahirkan dalam keturunan ini.

Akhirnya. dia berjaya muncul di kaca TV untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia TV1 (bertarikh 20112011), dan ini pasti salah satu impiannya sejak muda. :) 

Akhir kata, aku, kau, semua orang juga perlu berusaha sebaik mungkin untuk memastikan impian dapat dikecapi pada masa akan datang. Insyaallah. Amiin.
Daisypath Anniversary tickers