Sebagai seorang penulis, mereka sebenarnya bebas untuk menulis apa yang terbayang di benak fikiran mereka. Namun kadangkala mereka seharusnya mengambil kira sensitiviti sekeliling dalam setiap penulisan mereka supaya kisah mereka tidak dikutuk malah disanjung tinggi.
Alkisahnya, siang tadi aku curi-curi baca sebuah buku kisah pendek yang berada di meja sebelah. Buku ini menggabungkan banyak penulis hebat. Melihat tajuknya pun aku sudah teruja. Susunan kisah sangat menarik. Rakan sebelahku mula membelek helaian demi helaian untuk mencari kisah menarik. Tiba-tiba, "Fie! Cuba lihat tajuk ini". Aku mula ketawa terbahak-bahak. Mana tidaknya, tajuknya berbunyi ***** jatuh dan ***** jatuh (klasifikasi PG13). Aku dan rakan-rakan pantas menyorok dari pengetahuan rakan lelaki mengenainya. Jika terlepas buku ini ke tangan mereka, pasti menjadi bahan ejekan mereka.
Oh lupa, aku hanya mampu melihatnya tajuknya sahaja, isi ceritanya belum aku dalami. Insyaallah, jika buku itu wujud lagi dalam bilik kuliah esok, aku akan teliti satu persatu makna tersirat tajuk tersebut.

