Bila sudah melangkah ke minggu keempat untuk semester ni, tiba-tiba penyakit malas menyerang. Assignment gila bertimbun-timbun macam timbunan batu baur. Katil empuk seakan-akan memanggil-manggil untuk terus bersamanya. Cuaca mendung, kicauan burung sangat mendamaikan sehingga malas sungguh mahu melangkah ke kelas. Peringatan untuk diri sendiri: Sila berusaha untuk kelangsungan hidup. Tolong.
