"Kenapa mama lahirkan adik lambat sangat?" "Kenapa abah letak nama adik, Zureen Sofea? Tak lawa langsung." "Nanti dah besar, adik nak cari husband macam abahlah"- Zureen Sofea
Zureen Sofea, adik bongsu memang suka mempersoal pelbagai perkara yang terjadi. Setiap kata yang dilontarkan olehnya seperti gaya wanita 20-an. Dia sangat bijak berbahasa walaupun subjek Math nya kurang, dan setiap kali exam Math, mesti gaduh dengan mama sebab dia malas buat latihan.
Walaupun umur berbeza, Zureen adalah cermin bagiku. Perangai kami seakan-akan sama. Degil, keras kepala, boros, tapi confident( Macamlah aku ni jenis yang confident sangat kan). Dia memang seorang yang berani tampil ke hadapan. Dia seorang yang penyayang dan sangat prihatin. Bagiku, dalam sesuatu keadaan dia memang seorang adik yang baik. Tapi dalam sesuatu keadaan pula, dia sangat annoyed, sebab dia suka ambil barang kepunyaanku. Apa yang aku ada, mesti dia nak. Apa fesyen yang aku gayanya, mesti dia akan ikut juga. Another part of her, oh! she's so sweet.
